Sistem Rangkaian Komputer.
- Rangkaian diwujudkan apabila lebih daripada satu peranti/peralatan dihubungkan antara satu sama lain bagi tujuan komunikasi data melalui saluran komunikasi. Rangkaian komputer dibina dengan menghubungkan dua atau lebih komputer atau peranti bagi tujuan komunikasi data antara satu sama lain menerusi saluran komunikasi.
- Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain-lain peranti yang dihubungkan bersama dengan saluran komunikasi (kabel atau tanpa kabel). Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod. Rangkaian-rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta-juta nod.
Senibina Rangkaian
- Terdapat dua jenis senibina rangkaian yang sering digunakan, iaitu bagaimana sesebuah rangkaian diuruskan.
Rangkaian Pelayan/Pelanggan
RANGKAIAN PELAYAN/PELANGGAN.
- Dalam rangkaian ini (client/server) pula terdapat satu atau lebih pelayan (terdiri daripada komputer yang lebih berkuasa) yang mengawal sumber rangkaian. Pelayan adalah komputer pusat yang melayan permintaan klien (komputer lain) untuk mendapatkan data dan maklumat.
- Klien pula adalah komputer yang memohon servis atau mencapai maklumat yang disimpan di pelayan. Rangkaian jenis ini sangat efisien untuk bilangan komputer rangkaian melebihi 10 unit.
- Secara amnya,rangkaian Pelayan/Pelanggan didefinisikan sebagai rangkaian dimana satu atau lebih komputer dijadikan pelayan dan selebihnya dijadikan pelanggan .
Peer to Peer (P2P)
RANGKAIAN PEER TO PEER (P2P)
- Semua komputer dalam rangkaian mempunyai status yang sama, iaitu setiap komputer boleh menyimpan data dan sumbernya sendiri.
- Semua komputer dibenarkan berkongsi data dan sumber mengikut keperluan. Tiada komputer pusat yang mengawalnya.
- Sesuai untuk rangkaian LAN yang kecil sehingga 12 komputer.
- Secara amnya,rangkaian Rakan ke Rakan didefinisikan sebagai sebuah rangkaian yang murah,mudah dan menghubungkan kurang daripada 10 buah komputer menggunakan kabel sepaksi atau kabel pasangan terpiuh.